apa aku ini perempuan yang posisinya kau ubah-letak seikut suka?
apa aku ini perempuan yang kau guna bila rasa kosong mencarik pangkal jiwa?
apa aku ini perempuan tidak punya rasa?
aku ini perempuan, sayang.
bukan objek.
bila sudah pasti benar sudut letaknya aku,
bila ruang kecil untuk aku itu sudah kau siap kan,
khabarkan -- aku tunggu.
kau tahu,
aku pasti tunggu.
kerana aku ini perempuan.
cuma perempuan, sayang.
bukan objek.
No comments:
Post a Comment